• 1MOCC

    1MOCC

  • ADUAN KPM

    ADUAN KPM

  • KSSR

    KSSR

  • SIRE-EURO

    SIRE-EURO

  • PPPM 2013-2025

    PPPM 2013-2025

A

Keunikan Dan Keistimewaan

.:: KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN SKKMN ::.
Nama sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kampung Melayu menggambarkan penduduk di kampung ini yang majoritinya adalah orang melayu. Namun begitu,secara realitinya mereka hidup harmoni bersama masyarakat bangsa lain. Sekolah Kebangsaaan Kampung Melayu Niyor ini mempunyai banyak keunikan dalam bidang Kurikulum serta Kokurikulum. Dalam bidang kurikulum ,pihak sekolah telah menjalankan sistem permarkahan ujian dan peperiksaan menggunakan Gred Purata Individu dan Gred Purata Matapelajaran sejak tahun 2005 hingga sekarang. Komitmen yang tidak berbelah bahagi juga sentiasa diberikan oleh murid-murid dan guru dalam melaksanakan Progran Kecemerlangan untuk UPSR. Persediaan selama 3 tahun untuk calon-calon UPSR membantu sekolah mendapat keputusan seratus peratus pada tahun 2007. Matlamat ini telah dicapai melalui program-program Khas Kecemerlangan Mata Pelajaran seperti program Smart Formula mata Pelajaran Sains,bengkel membina bahan pengajaran kendiri bagi bahasa Inggeris,Zoom A bagi semua mata pelajaran dan program Cepat Baca bagi mata pelajaran Bahsa Melayu. Dalam bidang Kokurikulum pula,sekolah ini pernah menjadi Johan Daerah Kluang Buku Skrap Sains & Teknologi dan tempat keempat dalam negeri Johor paa tahun 2005. Pada tahun 2005 juga,sekolah ini telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Tahap Satu. Seterusnya sekolah ini juga telah menjdai Johan Daerah Kluang Buku Scrap Sejarah pada tahun 2006. Dalam pertandingan Karnival Bahasa Tahap Satu pada tahun 2007 pula,sekolah ini telah menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Tulisan Cantik. Pada tahun 2008,seorang pelajar mewakili zon Kluang Barat kerana Johan dalam Pertandingan Tulisan Cantik. Sepanjang sejarah penubuhan sekolah ini,ramai anak muridnya berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Antaranya ialah NORAZIMAH BINTI GHANI-SEORANG PEGUAM,NORFAZLIANI BINTI SHOPARWE-PENSYARAH DI USM,TAUFIK BIN ITHNIN-JURUTERA JKR,NORDIN BIN MISKAM-GURU BESAR dan NORAFIZAH BINTI IBRAHIM-PEREKA DALAMAN. Selain nama-nama yang disebutkan di sini,kebanyakan bekas murid sekolah ini telah berjaya dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Sekolah ini juga ingin dan sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang cerdik pandai serta berjaya sehingga ke peringkat yang tertinggi.InsyaAllah.
Previous
Next Post »