UPSR 2016 : Operasi Aplikasi Pendaftaran Online UPSR 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.          Untuk makluman pihak tuan, sistem Aplikasi Pendaftaran UPSR( https://daftarupsr.moe.gov.my) telah dibuka semula bermula pada hari ini 21 April 2016 sehingga 25 April 2016.Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk mengarahkan Setiausaha Peperiksaan UPSR untuk mengemaskini status Calon Berkeperluan Khas ( CBK ) jika ada menggunakan kod yang baharu sebagaimana yang dilampirkan dan membuat cetakan rumusan CBK tersebut dan diserahkan kembali ke Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Kluang pada atau sebelum 27 April 2016.

3.         Bagi sekolah- sekolah lain yang tiada  calon CBK, diminta melaksanakan kerja-kerja kemaskini maklumat calon dan seterusnya membuat cetakan dokumen yang perlu bagi kegunaan sebelum peperiksaan UPSR dan tujuan rekod. Sebarang pertanyaan tentang perkara yang berkaitan tuan boleh hubungi Pen. PPD Peperiksaan di talian 077741182. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Dikuasakan oleh Blogger.